Calon bertanding Pilihan_raya_kecil_Penanti_2009

Nama calonParti
Mansor Othman PKR
Aminah Abdullah BEBAS
Kamarul Ramizu Idris BEBAS
Nai Khan Ari BEBAS

Calon Barisan Nasional

Pada 18 Mei 2009, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut. Keputusan diambil setelah Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Penanti.[3] Sebelum itu, Najib sendiri tidak menolak kemungkinan BN tidak akan menyertai pilihan raya kecil tersebut dengan alasan membazirkan wang rakyat.[4]

Calon Pakatan Rakyat

Pada 28 April 2009, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti. Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti. Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan pusat Barisan Nasional.[5]

Calon lain

Pada 25 April 2009, Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional Pulau Pinang, Aminah Abdullah, mahu menawarkan diri sebagai calon bebas kerana merasakan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini telah tersasar daripada matlamat asal KeAdilan sewaktu awal penubuhannya dahulu. Aminah berharap Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon untuk bertanding kerusi berkenaan dan memberinya laluan untuk melawan PKR satu lawan satu.[6]

Berkaitan